AL

acb

Saturday, 4 September 2021

Perjalanan untuk bergelar seorang IBU

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Setiap orang mempunyai pengalaman mengandung dan cara bersalin yang berbeza. Bagi saya apa jua yang dialami oleh ibu hamil, sudah pasti ada ganjarannya.

Pengalaman bersalin pada tahun 2020 akan saya ceritakan disini untuk kenang-kenangan.

11Mac2020, tarikh untuk check up mingguan di Klinik Kesihatan Putrajaya. Ketika ini, usia kandungan adalah 36 minggu. Seperti biasa, akan diambil bacaan kadar gula dalam darah, ujian air kencing dan tekanan darah tinggi. Malang sekali, ujian air kencing menunjukkan kadar protein agak tinggi dan tekanan darah turut naik. Ada tanda-tanda praeklamsia. Apa itu praeklamsia?

Praeklamsia adalah keadaan yang hanya berlaku pada wanita hamil selepas 20 minggu kehamilan. Tanda-tanda praeklamsia seperti:
  • tekanan darah tinggi
  • pengekalan air dalam tubuh (edema)
  • protein dalam air kencing
Untuk maklumat lanjut boleh baca dekat sini https://my.theasianparent.com/praeklampsia-ibu-hamil.

Selepas berulang kali check tekanan darah tetap tinggi juga bacaannya, saya dibawa oleh ambulance ke Hospital Putrajaya. Pertama kali merasa naik ambulance siap pasang siren lagi. Maka bermalam la saya di hospital. Untuk persediaan, saya diberi suntikan dexamethasone. Suntikan dexamethasone untuk apa?

Suntikan dexamethasone diberi kepada ibu untuk membantu kematangan paru-paru bayi pra matang. Dos yang digunakan adalah 12mg setiap 12 jam untuk 2 suntikan. 

Kebaikan dexamethasone termasuk:
  1. Mengurangkan masalah pernafasan bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
  2. Mengurangkan masalah pendarahan di dalam otak bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
  3. Mengurangkan masalah jangkitan usus bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
  4. Mengurangkan risiko kematian selepas bersalin disebabkan pra-matang.
12Mac2020, discharge dari Hospital Putrajaya selepas sign surat tanggung risiko, kemudian bermalam pula di Hospital Muar, Johor. 

13Mac2020, bermula la episod baru dimana kontraksi persalinan palsu mula datang dan pergi. Saya diberi induce ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Bersalin induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.

14Mac2020, induce kedua diberi apabila induce pertama tidak memberi tanda kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat. 

15Mac2020, induce ketiga yang menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim pula diberikan.

16Mac2020, akhirnya belon jatuh menandakan bukaan sudah menjadi 3cm. Saya ditolak ke labour room untuk proses kelahiran normal. Sesungguhnya kelahiran anak pertama tidak mudah bagi saya. Enam jam didalam labour room amat menyeksakan. Akhirnya, saya ditolak ke bilik pembedahan untuk kelahiran secara pembedahan (cser). Baby dihantar ke NICU untuk rawatan lanjut. 

17Mac2020, masih lagi di bilik khas untuk pemantauan selama 24 jam kerana sebelum pembedahan saya diberi sejenis ubat khas untuk pesakit darah tinggi. 

18Mac2020, pkp 1.0 bermula. Sedih dan sunyi bila tiada siapa dibenarkan melawat ketika didalam wad.

19Mac2020, dibenarkan pulang kerumah tanpa baby kerana baby masih lagi ditahan di NICU kerana masalah kesihatan. 

Walaupon baru lepas kena bedah, gagahkan juga untuk berulang alik ke hospital melawat baby. 

26Mac2020, dugaan datang dimana luka cser berdarah dan terbuka. bermalam lagi di hospital selama 2 hari. Luka yang terbuka tidak dijahit semula, malah dibiarkan bercantum sendiri. Hanya perlu cuci dan dressing setiap hari. 

29Mac2020, saya dibenarkan bermalam dengan baby di NICU untuk pemantauan penyusuan badan.

30Mac2020, baby dibenarkan pulang, alhamdulillah. 

2021


No comments:

Post a Comment