Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Dalam entry ni saya nak buat review jujur tentang vakum tanpa wayar atau dikenali sebagai cordless vacuum (CV). Sebelum saya mula guna CV ni, saya mengemas rumah dengan menggunakan vacuum yang ada wayar. Walaupon wayar agak panjang tapi terhad bila nak pergi lagi jauh, so terpaksalah cari plug yang lain. Lepas dah guna, nak kena kemas wayar yang panjang tu pulak, leceh kan. So, lepas berbincang dengan big bos aka en suami, dia pon bersetuju nak ada satu CV dekat rumah. En suami pon rajin tolong kemas rumah, mungkin dia pon rasa pakai vacuum lama tu leceh. Maka sesi mencari CV dekat shopee pon bermula. Banyak ye pilihan CV dekat shopee tu, bermacam-macam jenama ada baik yang popular atau pon yang kurang dikenali. Selepas ditimbang tara antara kebaikan, kelebihan, kelemahan dan keburukan kesemua CV yang muncul di laman shopee, kami membuat keputusan untuk membeli CV jenama Airbot. Kenapa kami memilih CV jenama Airbot ni? Salah satu sebabnya ialah harga dia kami mampu untuk beli sesuai dengan kuasa sedutan 25000Pa. Selain itu, alat ganti juga mudah didapati dekat laman rasmi shopee Airbot Malaysia. So, kalau ada part yang rosak selepas tempoh warranty tamat, senang la nak cari dekat mana kan. Harap tak rosak dan tahan lama la jangka hayat CV tu. Tambahan pula, CV ni boleh buat kerja mengemop tapi tangki air untuk mop dijual secara berasingan. Dekat Airbot Malaysia ni banyak jenis CV yang boleh dibeli tapi kami memilih CV Airbot Supersonics Plus/Pro (Red) 25000Pa.
No comments:
Post a Comment