AL

acb

Saturday, 11 September 2021

Donut lembut teknik AUTOLYSIS (?)

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Semenjak jadi suri rumah dan pindah Johor duduk sekali dengan suami (no more PJJ), semakin rajin saya mencuba untuk membuat roti dan donut. Tambah pula, dekat rumah ada bread maker (BM) yang dah lebih setahun tidak digunakan. Maka bermacam-macam resepi donut dan roti saya cuba buat. Daripada tak kenal apa itu bread improver dan bread softener, sekarang dah ada semua tu. Daripada guna teknik biasa kepada teknik autolysis. Pernah dengar teknik autolysis dalam penghasilan doh? Saya pon baru je tahu pasal teknik ni minggu lepas. 

Teknik autolysis ni adalah teknik tradisional yang diperkenalkan oleh Raymond Calvel. Kalau guna teknik ni, dah tak payah nak uli doh dengan bersungguh-sungguh (yeke?). Teknik ni sangat sesuai untuk anda yang tiada pengalaman langsung dalam pembuatan roti atau yang berkaitan dengan doh. Juga sesuai untuk anda yang tidak ada mixer atau bread maker dekat rumah.

Mengikut konsep biologi, autolysis adalah proses pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri. Di dalam tepung, terdapat dua enzim asas iaitu protease, yang menyediakan struktur, dan amilase, yang memberikan keanjalan. Keseimbangan kedua-dua ciri ini akan memberikan jisim yang baik untuk mencapai roti yang lazat. Dalam bahasa mudah faham, doh/adunan tanpa yis diperap supaya semua bahan dapat disebatikan dengan baik.

Cara membuat roti/donut menggunakan teknik autolysis

  1. Campurkan tepung roti, susu tepung, gula, pelembut roti dan telur ke dalam bekas adunan.
  2. Uli atau gaul campuran tadi dengan senduk atau tangan sehingga sebati dan tidak melekat dekat bekas. Tutup rapat bekas adunan tadi dengan menggunakan plastic wrap dan biarkan selama 2-3 jam. 
  3. Campur yis bersama 2 sdm air suam. Biarkan sebentar sehingga yis kembang. Setelah itu, tuang yis kedalam adunan yang telah dibiarkan selama 2-3 jam tadi. Tambah marjerin dan garam (kalau marjerin dah masin tak payah letak garam). Uli sekejap doh dengan menggunakan tangan sehingga doh elastik.
  4. Potong doh/adunan mengikut berat yang diingini dan bentukkan doh mengikut cita rasa sendiri. 
  5. Rehatkan doh yang telah dibentuk tadi selama 30 minit atau sehingga kembang.
  6. Selepas itu, dah boleh goreng atau bakar mengikut kehendak masing-masing.

Setelah berpuas hati dengan carian di laman google dan youtube, saya pon cuba la teknik ni untuk buat donut. 

Bahan-bahan donut lembut teknik autolysis

  • Tepung roti/ tepung gandum : 250gram
  • Susu tepung : 20gram
  • Gula : 1 sudu besar
  • Pelembut roti : 1 sudu kecil
  • Telur : 1 biji
  • Air : 1/2 cawan
  • Marjerin : 30gram
  • Sedikit garam
  • Yis : 1 sudu kecil

8 biji donut gemok

seronok dia dapat berenang dalam kuali

dah siap digoreng

ni letak gula je, malas nak cairkan coklat buat topping

siap untuk dimakan

Donut garing diluar dan lembut didalam. Puas hati tetapi ternyata pembuatan donut dengan menggunakan teknik autolysis ni tidak semudah yang disangka ya. Bila dah cuba sendiri guna teknik ni, lepas ni nak guna BM jela buat donut. Sebabnya, penat nak uli sampai doh tu elastik. Siapa yang ada tahap kesabaran yang tinggi boleh la cuba teknik ni.

Macam-macam resepi donut dah pernah cuba. Setakat ni semua menjadi cuma bentuk donut la kelaut. Agak-agak lepas boleh buka business jual donut tak?. InshaAllah satu hari nanti. Ada yang nak order ke? 

No comments:

Post a Comment