Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Sejak kandungan masuk 24 minggu, saya mula cari barang keperluan baby melalui online shopping. Bila dah online shopping ni, selain tengok barang baby ada banyak lagi barang yang kita akan tertengok, bak kata orang cuci mata tanpa perlu penat berjalan kesana kesini. Nak shopping dekat mall tak sempat sebab kerja. Tambahan pula masa tu saya dekat Putrajaya, suami dekat JB. Kami pasangan jarak jauh, masa untuk beli barang baby sama-sama sangat terhad. So, online shopping adalah pilihan terbaik untuk saya mencari barang baby masa tu. Tempat yang selalu saya tuju adalah apps Shopee. Pantang ada masa terluang, saya akan buka apps Shopee. Sambil cari barang baby, saya cari juga keperluan untuk berpantang nanti, orang cakap sambil menyelam minum air.
Saya yakin bukan saya seorang je yang beli barang dalam talian, bahkan ada ramai lagi yang seperti saya. Lebih-lebih lagi dikala Covid-19 melanda negara, banyak kedai-kedai dan mall diarahkan tutup untuk sementara waktu. Satu kaji selidik dari Juwai IQI mengenai Covid-19 mendapati 57 peratus daripada rakyat Malaysia lebih banyak membeli-belah dalam talian berbanding sebelum Covid-19 sekali gus membantu melonjakkan urus niaga dalam talian di negara ini.
Shopee adalah platform online shopping yang paling saya suka berbanding platform yang lain sebab ada banyak pilihan barangan, keselamatan barang terjamin dan ada free shipping. Kalau saya nak beli sesuatu, saya akan pastikan barang tu lagi murah dari penjual lain dan semestinya ada free shipping. Lepas tu, saya akan tengok review dari orang lain. Lepas puas hati baru saya akan check out barang tu. Mostly, barang yang murah datangnya dari China. Bukan taknak support peniaga tempatan tapi dikala kegawatan ekonomi ni, kita perlu bijak mengurus kewangan.
Saya akan kongsikan nama kedai dan link barang yang pernah saya beli dekat Shopee untuk Falisha sampai la umur dia 1tahun6bulan sekarang ni.
Pakaian
qqbaby.gazebo : Pijamas lengan panjang, Baju lengan pendek, Baju newborn
Lampin pakai buang (biasa beli 1 kotak ada freegift)
vindaofficialstore : Classic, Wee Wee Dry, Drypants
Botol susu
mymilkandco : Set botol susu kaca (kalau tak pecah boleh guna untuk anak akan datang)
Sabun
Pureen : Pencuci botol, Sabun basuh baju (cecair), Sabun basuh baju (serbuk), Mandian
Buaian (cradle)
innobabyhouse : Electric cradle
MRS DIY : Besi buai boleh lipat (senang nak bawa travel)
Baby food (untuk travel)
yanz.collection : Cereal bancuh air panas
Mainan
momohouse.os, kedai favourite sebab barang dia mostly paling murah. Nak bagi link satu-satu banyak sangat, korang explore la kedai dia dekat sini https://invol.co/cl620wc
Stroller
qqbabyshop.my : Magic stroller
Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu mencari barang baby dengan harga yang berpatutan dekat Shopee.
Nanti saya kongsikan pula barang-barang untuk para ibu selepas bersalin ya. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment