AL

acb

Thursday, 16 September 2021

Kedai Tip Top Meletop- Kaki Shopee

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Posting saya sebelum ni (klik), saya ada senaraikan barang baby yang pernah saya beli dekat Shopee. Hari ni saya nak kongsi kedai yang ramai follower dekat Shopee mengikut kategori item khas untuk kaki shopee macam saya. Bila dah ada list, boleh buat rujukan untuk masa depan. Kalau ada yang berminat nak cuci mata tekan je link, nanti sampai la ke tempat yang dituju.

KATEGORI TELEKUNG

  1. Siti Khadijah Official : https://invol.co/cl66nw4 (162.8k followers, 4.9☆)
  2. Ariana Exclusive : https://invol.co/cl66o1s (42.5k followers, 4.9☆)
  3. Telekung Zara Awliya : https://invol.co/cl66o31 (31.5k followers, 4.9☆)
  4. nazihah1184 : https://invol.co/cl66o4e (27.7k followers, 4.9☆)
  5. byauliya : https://invol.co/cl66oby (13.5k followers, 4.9☆)
KATEGORI PAKAIAN
  1. ZANZEA Official Shop : https://invol.co/cl66of6 (788.8followers, 4.9☆)
  2. zucca.butik : https://invol.co/cl66ojh (298.1followers, 4.9☆)
  3. Levi's Official Store : https://invol.co/cl66oi6 (258.6followers, 4.9☆)
  4. Forest Official Shop MY : https://invol.co/cl66oku (166.6followers, 4.9☆)
  5. F.O.S : https://invol.co/cl66olm (126.5followers, 4.9☆)
KATEGORI PAKAIAN PLUS SIZE
  1. View Fashion : https://invol.co/cl66oos (40.9followers, 4.9☆)
  2. Amoree Vogue : https://invol.co/cl66opg (28.8k followers, 4.9☆)
  3. Muslim Grosir Fashion Store : https://invol.co/cl66oq3 (11.8followers, 4.9☆)
  4. NurulPlussize : https://invol.co/cl66or2 (10.2followers, 4.9☆)
  5. Dian Plusclosette Official Store : https://invol.co/cl66orm (8.4followers, 4.9☆)
KATEGORI TUDUNG
  1. naelofar OFFICIAL STORE : https://invol.co/cl66ovy (246.1followers, 4.9☆)
  2. dolcelaqisya : https://invol.co/cl66owt (129.2followers, 4.9☆)
  3. Borong Tudung : https://invol.co/cl66oxm (47.3followers, 4.9☆)
  4. de.aila : https://invol.co/cl66oyf (44.2followers, 4.9☆)
  5. Tudung Inspired : https://invol.co/cl66oz8 (44.1followers, 4.9☆)
KATEGORI BEG DAN KASUT
  1. Grimo Bag & Fashion Wholesale : https://invol.co/cl66vll (798.3followers, 4.9☆)
  2. HEUS Shoes Wholesale : https://invol.co/cl6726p (464.1followers, 4.9☆)
  3. WEBEE : https://invol.co/cl67276 (463.7followers, 4.9☆)
  4. Myfooyin : https://invol.co/cl6727r (413.9followers, 4.9☆)
  5. MYKUTSU Shoes Wholesale : https://invol.co/cl6727z (375followers, 4.9☆)
KATEGORI ACCESSORIES
  1. HABIB Official Store : https://invol.co/cl6729m (375followers, 4.9☆)
  2. Pandora MY Flagship Store : https://invol.co/cl672dh (116.6followers, 4.9☆)
  3. YOUNIQ : https://invol.co/cl672dw (100.3followers, 4.9☆)
  4. Her Jewellery Official Store : https://invol.co/cl672e9 (88.5followers, 4.9☆)
  5. Elfi Jewellery : https://invol.co/cl672eh (27.5followers, 4.9☆)
KATEGORI BARANG BUDAK
  1. Momo House : https://invol.co/cl672j5 (508.9followers, 4.9☆)
  2. QQ BABY SHOP SDN BHD : https://invol.co/cl672jt (359.5followers, 4.8☆)
  3. Comelbaby : https://invol.co/cl672k9 (115.6followers, 4.9☆)
  4. Lanbo Shop : https://invol.co/cl672kg (72.5followers, 4.9☆)
  5. MummyKids : https://invol.co/cl672kk (52.4followers, 5.0☆)
Sebenarnya setiap kategori ada lebih dari 5 kedai tapi tak dapat nak listkan semua. Cukup la sekadar buat rujukan pada masa akan datang.

Sunday, 12 September 2021

Nasi Briyani Gam Muar- RTE

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Sejak Covid-19 melanda negara tahun lepas, jarang dah dapat undangan majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan majlis aqiqah. Majlis aqiqah Falisha yang dirancang pada bulan Syawal hari tu pon terpaksa dilupakan akibat pendemik ni. Bau dan rasa nasi orang kahwin seperti nasi minyak dan nasi beriani pon dah lupa macam mana. Nak masak sendiri macam tak berbaloi sebab yang makannya tak ramai tapi nak masak nasi dengan lauknya berejam. Maka, pilihan yang ada adalah beli je nasi beriani tu. Ada ke orang jual sekarang ni? Dekat mana pula dia jual?. Jawapan dia mesti la ada orang yang jual sekarang ni. 

Zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi sekarang ni, nak beli apa-apa semua dihujung jari. Tekan je nasi beriani dekat google, macam-macam yang akan keluar. Dari resepi sampai ke maklumat penjual semua ada. Nasi beriani ni bukan sahaja dijual secara siap masak (beli terus ngap), malah ada yang mengambil peluang perniagaan untuk menghasilkan nasi beriani ready to  eat (RTE). Nasi beriani RTE tu macam mana?. Ala, macam sardin tu, kalau lapar kita panaskan je dalam microwave. Setakat ni saya tak pernah lagi panaskan sardin dalam microwave. Saya akan tumis cili padi dulu kemudian masukkan sardin, barula sedap. Kalau nasi beriani RTE ni pulak boleh panaskan je dalam microwave atau rendam dalam air panas. Saya tertarik dengan satu nasi beriani ni, nama dia Nasi Briyani Gam Muar jenama Dawna's yang dihasilkan oleh anak tempatan, kira ni produk bumiputra la. Jom support produk bumiputra!. 

Nasi Briyani Gam Muar jenama Dawna's ni menggunakan resepi asli rempah tok abah yang berasal dari Muar, Johor sejak tahun 1965. Orang Muar mesti familiar dengan rempah tok abah ni kan.


Nasi Briyani Gam Muar

Nasi beriani ni ada tiga jenis lauk iaitu Ayam, Daging dan Kambing. Dalam satu kotak tu ada dua pouch iaitu nasi beriani dan lauknya. Satu kotak tu boleh dihidangkan untuk dua orang. Cara nak hidangkan cuma panaskan dalam microwave atau rendam dalam air panas selama dua minit. Yang paling best, nasi beriani ni boleh tahan dua tahun kalau tak buka dan tak payah simpan dalam peti ais pon. Boleh la beli banyak-banyak simpan buat stok kalau-kalau malas masak. Lagi satu, walaupon tahan lama tapi produk ni tak guna bahan pengawet pon. Dorang gunakan teknologi retort yang mana makanan yang telah disediakan akan dikedapkan (sealed) dan disteril dengan mesin retort yang diimport.

Selepas dipanaskan, ni la rupanya



Terliur tak tengok gambar tu? Hasil survey dekat Shopee, range harga untuk nasi beriani ni antara RM20 hingga RM25 je. Kalau lebih tu mungkin spammer atau ada yang markup harga tinggi. Sape-sape nak dapatkan nasi beriani ni boleh klik mana-mana link dekat bawah ok, semua trusted seller.











Saturday, 11 September 2021

Donut lembut teknik AUTOLYSIS (?)

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Semenjak jadi suri rumah dan pindah Johor duduk sekali dengan suami (no more PJJ), semakin rajin saya mencuba untuk membuat roti dan donut. Tambah pula, dekat rumah ada bread maker (BM) yang dah lebih setahun tidak digunakan. Maka bermacam-macam resepi donut dan roti saya cuba buat. Daripada tak kenal apa itu bread improver dan bread softener, sekarang dah ada semua tu. Daripada guna teknik biasa kepada teknik autolysis. Pernah dengar teknik autolysis dalam penghasilan doh? Saya pon baru je tahu pasal teknik ni minggu lepas. 

Teknik autolysis ni adalah teknik tradisional yang diperkenalkan oleh Raymond Calvel. Kalau guna teknik ni, dah tak payah nak uli doh dengan bersungguh-sungguh (yeke?). Teknik ni sangat sesuai untuk anda yang tiada pengalaman langsung dalam pembuatan roti atau yang berkaitan dengan doh. Juga sesuai untuk anda yang tidak ada mixer atau bread maker dekat rumah.

Mengikut konsep biologi, autolysis adalah proses pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri. Di dalam tepung, terdapat dua enzim asas iaitu protease, yang menyediakan struktur, dan amilase, yang memberikan keanjalan. Keseimbangan kedua-dua ciri ini akan memberikan jisim yang baik untuk mencapai roti yang lazat. Dalam bahasa mudah faham, doh/adunan tanpa yis diperap supaya semua bahan dapat disebatikan dengan baik.

Cara membuat roti/donut menggunakan teknik autolysis

  1. Campurkan tepung roti, susu tepung, gula, pelembut roti dan telur ke dalam bekas adunan.
  2. Uli atau gaul campuran tadi dengan senduk atau tangan sehingga sebati dan tidak melekat dekat bekas. Tutup rapat bekas adunan tadi dengan menggunakan plastic wrap dan biarkan selama 2-3 jam. 
  3. Campur yis bersama 2 sdm air suam. Biarkan sebentar sehingga yis kembang. Setelah itu, tuang yis kedalam adunan yang telah dibiarkan selama 2-3 jam tadi. Tambah marjerin dan garam (kalau marjerin dah masin tak payah letak garam). Uli sekejap doh dengan menggunakan tangan sehingga doh elastik.
  4. Potong doh/adunan mengikut berat yang diingini dan bentukkan doh mengikut cita rasa sendiri. 
  5. Rehatkan doh yang telah dibentuk tadi selama 30 minit atau sehingga kembang.
  6. Selepas itu, dah boleh goreng atau bakar mengikut kehendak masing-masing.

Setelah berpuas hati dengan carian di laman google dan youtube, saya pon cuba la teknik ni untuk buat donut. 

Bahan-bahan donut lembut teknik autolysis

  • Tepung roti/ tepung gandum : 250gram
  • Susu tepung : 20gram
  • Gula : 1 sudu besar
  • Pelembut roti : 1 sudu kecil
  • Telur : 1 biji
  • Air : 1/2 cawan
  • Marjerin : 30gram
  • Sedikit garam
  • Yis : 1 sudu kecil

8 biji donut gemok

seronok dia dapat berenang dalam kuali

dah siap digoreng

ni letak gula je, malas nak cairkan coklat buat topping

siap untuk dimakan

Donut garing diluar dan lembut didalam. Puas hati tetapi ternyata pembuatan donut dengan menggunakan teknik autolysis ni tidak semudah yang disangka ya. Bila dah cuba sendiri guna teknik ni, lepas ni nak guna BM jela buat donut. Sebabnya, penat nak uli sampai doh tu elastik. Siapa yang ada tahap kesabaran yang tinggi boleh la cuba teknik ni.

Macam-macam resepi donut dah pernah cuba. Setakat ni semua menjadi cuma bentuk donut la kelaut. Agak-agak lepas boleh buka business jual donut tak?. InshaAllah satu hari nanti. Ada yang nak order ke? 

Friday, 10 September 2021

Resepi Nasi Ayam Sedap

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Semalam en suami mintak tolong buatkan nasi ayam. Kita sebagai isteri solehah tunaikan la permintaan suami. Bila jarang-jarang buat nasi ayam, resepi pon lupa. Sebelum ni pernah buat nasi ayam tapi lupa nak salin resepinya. So, saya pon cari la balik resepi nasi ayam yang pernah dimasak sebelum ni. Dah dapat resepinya, saya simpan sini untuk rujukan masa hadapan. Siapa nak cuba resepi ni, sangat dialu-alukan.

Resepi Nasi Ayam 1 Ekor

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Ayam 1 ekor
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis

Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang putih dan halia.
  2. Lumurkan bahan tumbuk tadi ke seluruh bahagian ayam.
  3. Panaskan air, rebus ayam yang telah dilumurkan tadi dan tambah 1 kiub ayam. Jangan rebus lama-lama, nanti ayam hancur. Air rebusan ayam jangan dibuang.
  4. Ayam yang telah direbus diperap bersama sos tiram, bahan tumbuk dan kicap manis.
  5. Perap sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.


Bahan-bahan untuk masak nasi:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Daun pandan
  • 1/2 senduk mentega
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 cawan beras
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
  2. Masukkan mentega ke dalam periuk nasi, tumis bersama kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam periuk.
  4. Masukkan serai dan daun pandan.
  5. Masukkan beras yang telah dicuci bersama air rebusan ayam.
  6. Tambah serbuk kunyit dan sedikit garam. 
  7. Gaul rata semua bahan dan boleh masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan untuk sos merah:
  • 6-8 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • Air rebusan ayam
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 sudu besar cuka
Cara-caranya:
  1. Kisar halus semua bahan-bahan.
  2. Masak sekejap bahan kisar tadi supaya tahan lama. Boleh tambah perasa mengikut selera anda.

Bahan-bahan untuk kicap:
  • Air rebusan ayam
  • Air perapan ayam
  • Kicap manis
  • Sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Campur semua bahan sehingga sebati.

Bahan-bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang besar
  • Perasa
Cara-caranya:
  1. Masuk semua bahan kedalam air rebusan ayam tadi dan perasakan mengikut selera anda.

nampak menyelerakan kan (?)


kemain anak dara ni makan nasi ayam



Thursday, 9 September 2021

Online shopping barang baby- Shopee

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Sejak kandungan masuk 24 minggu, saya mula cari barang keperluan baby melalui online shopping. Bila dah online shopping ni, selain tengok barang baby ada banyak lagi barang yang kita akan tertengok, bak kata orang cuci mata tanpa perlu penat berjalan kesana kesini. Nak shopping dekat mall tak sempat sebab kerja. Tambahan pula masa tu  saya dekat Putrajaya, suami dekat JB. Kami pasangan jarak jauh, masa untuk beli barang baby sama-sama sangat terhad. So, online shopping adalah pilihan terbaik untuk saya mencari barang baby masa tu. Tempat yang selalu saya tuju adalah apps Shopee. Pantang ada masa terluang, saya akan buka apps Shopee. Sambil cari barang baby, saya cari juga keperluan untuk berpantang nanti, orang cakap sambil menyelam minum air. 

Saya yakin bukan saya seorang je yang beli barang dalam talian, bahkan ada ramai lagi yang seperti saya. Lebih-lebih lagi dikala Covid-19 melanda negara, banyak kedai-kedai dan mall diarahkan tutup untuk sementara waktu. Satu kaji selidik dari Juwai IQI mengenai Covid-19 mendapati 57 peratus daripada rakyat Malaysia lebih banyak membeli-belah dalam talian berbanding sebelum Covid-19 sekali gus membantu melonjakkan urus niaga dalam talian di negara ini.

Shopee adalah platform online shopping yang paling saya suka berbanding platform yang lain sebab ada banyak pilihan barangan, keselamatan barang terjamin dan ada free shipping. Kalau saya nak beli sesuatu, saya akan pastikan barang tu lagi murah dari penjual lain dan semestinya ada free shipping. Lepas tu, saya akan tengok review dari orang lain. Lepas puas hati baru saya akan check out barang tu. Mostly, barang yang murah datangnya dari China. Bukan taknak support peniaga tempatan tapi dikala kegawatan ekonomi ni, kita perlu bijak mengurus kewangan.

Saya akan kongsikan nama kedai dan link barang yang pernah saya beli dekat Shopee untuk Falisha sampai la umur dia 1tahun6bulan sekarang ni.


Pakaian

qqbaby.gazebo    : Pijamas lengan panjang, Baju lengan pendek, Baju newborn

Lampin pakai buang (biasa beli 1 kotak ada freegift)

vindaofficialstore    : Classic, Wee Wee Dry, Drypants

Botol susu

mymilkandco    : Set botol susu kaca (kalau tak pecah boleh guna untuk anak akan datang)

Sabun

Pureen    : Pencuci botol, Sabun basuh baju (cecair), Sabun basuh baju (serbuk), Mandian

Buaian (cradle)

innobabyhouse    : Electric cradle 

MRS DIY              Besi buai boleh lipat (senang nak bawa travel)

Baby food (untuk travel)

yanz.collection    : Cereal bancuh air panas

Mainan

momohouse.oskedai favourite sebab barang dia mostly paling murah. Nak bagi link satu-satu banyak sangat, korang explore la kedai dia dekat sini https://invol.co/cl620wc

Stroller

qqbabyshop.my    : Magic stroller


Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu mencari barang baby dengan harga yang berpatutan dekat Shopee.

Nanti saya kongsikan pula barang-barang untuk para ibu selepas bersalin ya. Stay tuned!




Tuesday, 7 September 2021

Cordless Vacuum untuk suri rumah

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Dalam entry ni saya nak buat review jujur tentang vakum tanpa wayar atau dikenali sebagai cordless vacuum (CV). Sebelum saya mula guna CV ni, saya mengemas rumah dengan menggunakan vacuum yang ada wayar. Walaupon wayar agak panjang tapi terhad bila nak pergi lagi jauh, so terpaksalah cari plug yang lain. Lepas dah guna, nak kena kemas wayar yang panjang tu pulak, leceh kan. So, lepas berbincang dengan big bos aka en suami, dia pon bersetuju nak ada satu CV dekat rumah. En suami pon rajin tolong kemas rumah, mungkin dia pon rasa pakai vacuum lama tu leceh. Maka sesi mencari CV dekat shopee pon bermula. Banyak ye pilihan CV dekat shopee tu, bermacam-macam jenama ada baik yang popular atau pon yang kurang dikenali. Selepas ditimbang tara antara kebaikan, kelebihan, kelemahan dan keburukan kesemua CV yang muncul di laman shopee, kami membuat keputusan untuk membeli CV jenama Airbot. Kenapa kami memilih CV jenama Airbot ni? Salah satu sebabnya ialah harga dia kami mampu untuk beli sesuai dengan kuasa sedutan 25000Pa. Selain itu, alat ganti juga mudah didapati dekat laman rasmi shopee Airbot Malaysia. So, kalau ada part yang rosak selepas tempoh warranty tamat, senang la nak cari dekat mana kan. Harap tak rosak dan tahan lama la jangka hayat CV tu. Tambahan pula, CV ni boleh buat kerja mengemop tapi tangki air untuk mop dijual secara berasingan. Dekat Airbot Malaysia ni banyak jenis CV yang boleh dibeli tapi kami memilih CV Airbot Supersonics Plus/Pro (Red) 25000Pa. 


 

Shopee link CV: https://invol.co/cl60h5q
Shopee link water tank: https://invol.co/cl60h8t

Tengok tu, ada paparan OLED untuk pemantauan mod vakum dan tahap bateri. Senang nak tau bila perlu dicas. CV ni ada 3 tahap kelajuan iaitu Eco, Standard dan Boost. Selain tu, ada lampu LED untuk penglihatan yang lebih mudah di bawah sofa dan tempat tidur. Daya sedutan maksimum 25,000 PA. Kalau vacuum dekat karpet velvet guna mod kelajuan Eco pon dah puas hati, inikan pula vacuum dekat lantai mozek kan. Habis semua habuk-habuk halus dan rambut yang gugur dia sedut. Memang puas hati la. Tambahan pula, anak dara saya ni suka makan biskut merayau-rayau. Merata la serpihan biskut dia dekat lantai. Kalau lambat buang, semut pula yang hurung. Makanya, cepat-cepat la ibu dia ni ambil CV bersihkan sisa biskut yang terabur tu. Satu lagi, rumah saya ni senang berhabuk sebab selalu buka sliding door. Angin tiup segala debu sampah masuk dalam rumah. Oleh itu, dengan senang hati hanya capai CV --> on --> vacuum--> simpan balik.


Apa lagi, beli la Cordless Vacuum untuk kesenangan anda.



Monday, 6 September 2021

SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Masa zaman sekolah menengah, ada la satu kejadian ni. Tiba-tiba tergerak hati nak hasilkan satu puisi tapi tak tahu ni kategori sajak ke syair ke pantun ke apa sebab rekaan sendiri. Puisi ni berkisar tentang kejadian dimana dua orang sahabat menghadapi konflik disebabkan orang ketiga. Bergaduh dan masam muka tu biasa bila zaman sekolah dulu tapi bila dah berusia ni tak kuasa la nak gaduh-gaduh lagi.


Jom baca sama-sama puisi yang tak seberapa ni. Tajuk puisi ni SAHABAT

Sahabat,
Terima kasih kerana
Menyedarkan aku apa ertinya persahabatan,
Aku tahu selama ini aku telah mengkhianati persahabatan kita,
Aku juga sedar tanpa seorang sahabat hidup ini tidak bermakna.

Sahabat,
Aku terlalu mementingkan diri,
Dan sering melupakan kau apabila aku tidak memerlukanmu,
Aku juga sering menghindarkan diri apabila kau memerlukanku disisi disaat kau dalam kesusahan.

Sahabat,
Aku telah gagal menjadi sorang sahabat yang setia,
Dan sedangkan kau terlalu baik terhadapku,
Aku sering mempersendakan kau dihadapan teman yang lain.

Sahabat,
Aku telah terpengaruh untuk hidup dalam kepura-puraan,
Aku sering menipumu kerana ingin menjaga hati,
Aku kini menjadi sorang yang hipokrit,
Takut kepada kebenaran,

Sahabat,
Aku tahu aku bersalah,
Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan terhadapmu,
Dan kini, hanya satu yang aku minta,
Kemaafan yang tulus ikhlas daripada mu,
Agar aku dapat meneruskan hidup ini dengan tenang,

Tanpa ada rasa kesal dan bersalah.

*farhanahrahim 2010*

Semakan Status BKC



 Assalamualikum dan selamat sejahtera. 

Adakah anda penerima Bantuan Prihatin  Rakyat (BPR)? Jika ya, anda juga layak menerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

BKC adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Anda boleh menyemak status BKC anda di laman LHDN (https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx), masukkan no MyKad dan klik SEMAK. Kata laluan adalah sama seperti log masuk ketika anda mendaftar BPR.

KADAR BAYARAN BKC 

Berikut adalah kadar bayaran BKC yang akan diterima oleh penerima yang layak:

Kategori PenerimaJumlah Bayaran Isi RumahJumlah Bayaran Bujang
Miskin TegarRM1,300RM500
B40RM800RM200
M40RM250RM100
 

TARIKH PEMBAYARAN BKC

Fasa 1            Ada Akaun:

·         Miskin Tegar / B40 – mulai 6 September 2021

·         M40 – mulai 9 September 2021

Tiada Akaun:

·         Mulai 6 September 2021

Fasa 2          November 2021

Fasa 3          Disember 2021


BilKatagori PenerimaKatagori / Amaun KelayakanFasa PembayaranAmaun Pembayaran (RM)
1Miskin TegarIsi Rumah / RM1,3001500
2500
3300
Warga emas sebatang kara (WE) / RM5001200
2300
Bujang / RM5001200
2300
2B40Isi Rumah / RM800 1  31500
3300
Warga emas sebatang kara (WE) / RM2001200
1  Bujang / RM2001200
3M40Isi Rumah / RM2501250
Warga emas sebatang kara (WE) / RM1001100
Bujang / RM1001100

Saturday, 4 September 2021

Dari PSH ke MySTEP

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Dahulu dikenali sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH), kini telah bertukar ke Personel MySTEP. Ada beza ke untuk dua jawatan ni?. Sudah tentu ada bezanya kerana terdapat penambahbaikan dari segi kemudahan cuti, kadar upah dan lain-lain. 

Jom tengok apa perbezaan antara PSH dengan MySTEP.


Tidak kira PSH atau MyStep, keduanya memberikan kelebihan. Kelebihan yang paling bernilai adalah pengalaman bekerja terutama bagi fresh graduate yang masih zero dalam alam pekerjaan. Pengalaman ini juga dapat mambantu mencantikkan lagi resume jika ingin mencari pekerjaan yang lebih baik nanti. 

Saya sendiri pernah menjadi seorang PSH gred 19 di Jabatan Perangkaan Negeri Melaka walaupon ketika itu sudah mempunyai Master. Itulah pekerjaan pertama saya selepas tamat belajar. Tidak perlu malu jika pekerjaan itu tidak setaraf dengan tahap pendidikan kita tetapi ambil ia sebagai satu cabaran dan pengalaman untuk masa hadapan.

Hari Statistik Negara

Kerja luar berjumpa responden

Kawan-kawan yang sangat supportive


Perjalanan untuk bergelar seorang IBU

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Setiap orang mempunyai pengalaman mengandung dan cara bersalin yang berbeza. Bagi saya apa jua yang dialami oleh ibu hamil, sudah pasti ada ganjarannya.

Pengalaman bersalin pada tahun 2020 akan saya ceritakan disini untuk kenang-kenangan.

11Mac2020, tarikh untuk check up mingguan di Klinik Kesihatan Putrajaya. Ketika ini, usia kandungan adalah 36 minggu. Seperti biasa, akan diambil bacaan kadar gula dalam darah, ujian air kencing dan tekanan darah tinggi. Malang sekali, ujian air kencing menunjukkan kadar protein agak tinggi dan tekanan darah turut naik. Ada tanda-tanda praeklamsia. Apa itu praeklamsia?

Praeklamsia adalah keadaan yang hanya berlaku pada wanita hamil selepas 20 minggu kehamilan. Tanda-tanda praeklamsia seperti:
  • tekanan darah tinggi
  • pengekalan air dalam tubuh (edema)
  • protein dalam air kencing
Untuk maklumat lanjut boleh baca dekat sini https://my.theasianparent.com/praeklampsia-ibu-hamil.

Selepas berulang kali check tekanan darah tetap tinggi juga bacaannya, saya dibawa oleh ambulance ke Hospital Putrajaya. Pertama kali merasa naik ambulance siap pasang siren lagi. Maka bermalam la saya di hospital. Untuk persediaan, saya diberi suntikan dexamethasone. Suntikan dexamethasone untuk apa?

Suntikan dexamethasone diberi kepada ibu untuk membantu kematangan paru-paru bayi pra matang. Dos yang digunakan adalah 12mg setiap 12 jam untuk 2 suntikan. 

Kebaikan dexamethasone termasuk:
  1. Mengurangkan masalah pernafasan bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
  2. Mengurangkan masalah pendarahan di dalam otak bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
  3. Mengurangkan masalah jangkitan usus bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
  4. Mengurangkan risiko kematian selepas bersalin disebabkan pra-matang.
12Mac2020, discharge dari Hospital Putrajaya selepas sign surat tanggung risiko, kemudian bermalam pula di Hospital Muar, Johor. 

13Mac2020, bermula la episod baru dimana kontraksi persalinan palsu mula datang dan pergi. Saya diberi induce ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Bersalin induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.

14Mac2020, induce kedua diberi apabila induce pertama tidak memberi tanda kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat. 

15Mac2020, induce ketiga yang menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim pula diberikan.

16Mac2020, akhirnya belon jatuh menandakan bukaan sudah menjadi 3cm. Saya ditolak ke labour room untuk proses kelahiran normal. Sesungguhnya kelahiran anak pertama tidak mudah bagi saya. Enam jam didalam labour room amat menyeksakan. Akhirnya, saya ditolak ke bilik pembedahan untuk kelahiran secara pembedahan (cser). Baby dihantar ke NICU untuk rawatan lanjut. 

17Mac2020, masih lagi di bilik khas untuk pemantauan selama 24 jam kerana sebelum pembedahan saya diberi sejenis ubat khas untuk pesakit darah tinggi. 

18Mac2020, pkp 1.0 bermula. Sedih dan sunyi bila tiada siapa dibenarkan melawat ketika didalam wad.

19Mac2020, dibenarkan pulang kerumah tanpa baby kerana baby masih lagi ditahan di NICU kerana masalah kesihatan. 

Walaupon baru lepas kena bedah, gagahkan juga untuk berulang alik ke hospital melawat baby. 

26Mac2020, dugaan datang dimana luka cser berdarah dan terbuka. bermalam lagi di hospital selama 2 hari. Luka yang terbuka tidak dijahit semula, malah dibiarkan bercantum sendiri. Hanya perlu cuci dan dressing setiap hari. 

29Mac2020, saya dibenarkan bermalam dengan baby di NICU untuk pemantauan penyusuan badan.

30Mac2020, baby dibenarkan pulang, alhamdulillah. 

2021