AL

acb

Monday, 4 October 2021

IBU bersalin secara pembedahan juga hebat!

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Entry sebelum ni (klik), saya ada ceritakan tentang perjalanan untuk bergelar seorang IBU. Kali ni, saya nak berkongsi tentang kisah luka pembedahan bercantum sepenuhnya hampir tiga bulan. Saya adalah cser mum yang mana sepanjang mengandung, tidak pernah terlintas difikiran nak masuk ke bilik bedah untuk proses kelahiran. Kita hanya merancang, tapi yang maha kuasa menentukan. 

Saya dimasukkan ke dalam wad lebih awal dari tarikh dijangka bersalin kerana ada masalah kesihatan. Tiba-tiba pula ada darah tinggi pada minggu ke 36 kehamilan. Mungkin juga minggu tu saya tak jaga diri dengan baik atas sebab kerja tujuh hari seminggu, masuk kerja pagi balik pon pagi (hectic weeks), makan pon bila sempat. 

Dalam wad, saya ditempatkan di ruang depan kaunter nurse dan dikelilingi oleh ibu-ibu yang dah bersalin secara cser. Bila dah dikelilingi oleh ibu-ibu yang bersalin secara cser dan mereka nampak ok, secara automatik saya tak takut dan tak kesah kalau kena bedah nanti. Nampak tak yang suasana sekeliling mempengaruhi saya. Saya bersalin secara pembedahan (cser) pada minggu ke 37 kehamilan. Kena bersalin awal sebab ada darah tinggi. 

Bersalin secara cser semestinya tidak sama dengan bersalin normal. Siapa yang bersalin normal dan tiada masalah kesihatan dibenarkan balik sehari selepas melahirkan. Untuk yang bersalin cser, kena tunggu beberapa hari dulu baru boleh balik rumah. Setiap hari di dalam wad akan diberi ubat tahan sakit walaupon tak sakit untuk elak dari demam. Demam boleh melambatkan penyembuhan luka cser dan kalau nasib tak baik, boleh dapat jangkitan kuman dekat luka tu. 

Hari saya dibenarkan pulang kerumah, tiada lagi ubat tahan sakit diberi. Prosedur untuk balik ambil masa yang lama menyebabkan saya hampir demam tapi tak bagi tahu nurse/Dr pon sebab takut nanti tak jadi balik pulak. Siapa je yang nak duduk dalam wad masa covid ni kan?. Bila dah dirumah, luka cser saya jadi merah tapi masih berfikir ianya normal. Seminggu kemudian, keluar cecair kuning dari hujung luka pembedahan (anak panah merah). Mula-mula sikit je yang keluar, tak sampai sehari darah pula yang keluar. Pukul 2 pagi kejut suami pergi hospital dan terus kena tahan wad. 


pinjam gambar GOOGLE dan edit sikit

Setelah diperiksa, luka cser saya tidak bercantum dengan sempurna di bahagian dalam (ada lompong tempat darah berkumpul). Jadinya, Dr buka jahitan luar yang hampir bercantum untuk tengok keadaan bahagian dalam luka pembedahan. Kali ni kena "bedah" hidup-hidup ya tanpa bius. Dr siap puji saya kuat sebab tak menjerit sakit padahal dalam hati Allah je yang tahu pedihnya tu. Dr buka jahitan dari anak panah merah sampai garisan biru (gambar atas). Alhamdulillah, luka dalam cantik tak bernanah cuma tak bercantum dengan baik sahaja sebab banyak darah berkumpul. Dr yang bedah saya masa bersalin cakap mungkin sebab tekanan darah tinggi yang menyebabkan darah banyak keluar (something like that). 

Luka jahitan yang dibuka tu tidak dijahit semula ya. Luka tu perlu dicuci (dressing ) setiap hari. Masa dekat wad, Dr la yang dressing. Bila balik rumah, minta tolong nurse KK dressing (terima kasih kak Mizan). Seminggu lebih je ulang-alik KK untuk dressing, lepas tu minta tolong suami yang dressing. Nasib baik masa tu PKP, dua bulan suami tak pergi kerja jaga anak dan isteri. 

Setiap dua minggu akan ada check up dekat hospital. Mula-mula klinik O&G handle case, lepas tu dorang pass case dekat klinik luka pula untuk tengok progress. Dr semua baik-baik ya. Selepas tiga bulan lebih, baru lah luka cser tu bercantum dengan sempurna. Parut masih ada sampai sekarang dan mungkin akan kekal sampai bila-bila menjadi tanda pengorbanan seorang ibu. 


gambar google, bukan gambar sebenar diri saya

Gambar atas tu adalah gambaran macam mana keadaan luka cser saya dibuka semula dan dibiarkan bercantum sendiri tanpa perlu dijahit semula. Gambar tu nampak tak dalam lukanya, kalau gambar sebenar, luka tu lagi dalam dari dalam gambar atas. Nampak daging segar ya. My mum dan kakak pon tak berani nak tengok. Orang yang tolong dressing pon akan ngeri bila tengok. Orang yang kena dressing pula relax je tak rasa apa-apa. Nasib baik suami berani, dia yang tolong dressing bila isteri dah malas nak pergi KK. Itu la risiko yang perlu dilalui oleh saya sebagai cser mum. Masih tak hebat ke ibu yang bersalin secara pembedahan berbanding bersalin normal? Tepuk dada tanya iman.

Dekat bawah ni adalah benda yang diperlukan untuk proses dressing.

Dermacyn ni sejenis cecair untuk cuci bahagian dalam dan luar luka. Disyorkan oleh Dr untuk guna ni sebab dapat mencepatkan luka bercantum. Nak guna normal saline pon boleh. Dermacyn ni mahal sikit harganya. 


Dressing set ni guna bila buat dressing dekat rumah. Kalau dressing dekat klinik, guna dorang punya la. Harga tak mahal, satu set tu dalam seringgit lebih je. Saya beli banyak dekat shopee (link) sebab lagi murah dari kedai. 


Bila dah cuci luka dengan dermacyn, jangan biar luka tu terdedah pula ya. Kena tutup dengan gauze pads dan balut guna dressing tape. Mula-mula saya guna dressing tape yang jenis kain tapi bila mandi dia basah, kena tukar lain pula. Lepastu, ada sorang Dr ni suggest guna dressing tape jenis kalis air, tak risau dah nak mandi berapa kali pon. Dressing tape jenis kalis air ni sesuai digunakan untuk semua cser mum untuk elak kena air masa mandi. 










Thursday, 16 September 2021

Kedai Tip Top Meletop- Kaki Shopee

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Posting saya sebelum ni (klik), saya ada senaraikan barang baby yang pernah saya beli dekat Shopee. Hari ni saya nak kongsi kedai yang ramai follower dekat Shopee mengikut kategori item khas untuk kaki shopee macam saya. Bila dah ada list, boleh buat rujukan untuk masa depan. Kalau ada yang berminat nak cuci mata tekan je link, nanti sampai la ke tempat yang dituju.

KATEGORI TELEKUNG

  1. Siti Khadijah Official : https://invol.co/cl66nw4 (162.8k followers, 4.9☆)
  2. Ariana Exclusive : https://invol.co/cl66o1s (42.5k followers, 4.9☆)
  3. Telekung Zara Awliya : https://invol.co/cl66o31 (31.5k followers, 4.9☆)
  4. nazihah1184 : https://invol.co/cl66o4e (27.7k followers, 4.9☆)
  5. byauliya : https://invol.co/cl66oby (13.5k followers, 4.9☆)
KATEGORI PAKAIAN
  1. ZANZEA Official Shop : https://invol.co/cl66of6 (788.8followers, 4.9☆)
  2. zucca.butik : https://invol.co/cl66ojh (298.1followers, 4.9☆)
  3. Levi's Official Store : https://invol.co/cl66oi6 (258.6followers, 4.9☆)
  4. Forest Official Shop MY : https://invol.co/cl66oku (166.6followers, 4.9☆)
  5. F.O.S : https://invol.co/cl66olm (126.5followers, 4.9☆)
KATEGORI PAKAIAN PLUS SIZE
  1. View Fashion : https://invol.co/cl66oos (40.9followers, 4.9☆)
  2. Amoree Vogue : https://invol.co/cl66opg (28.8k followers, 4.9☆)
  3. Muslim Grosir Fashion Store : https://invol.co/cl66oq3 (11.8followers, 4.9☆)
  4. NurulPlussize : https://invol.co/cl66or2 (10.2followers, 4.9☆)
  5. Dian Plusclosette Official Store : https://invol.co/cl66orm (8.4followers, 4.9☆)
KATEGORI TUDUNG
  1. naelofar OFFICIAL STORE : https://invol.co/cl66ovy (246.1followers, 4.9☆)
  2. dolcelaqisya : https://invol.co/cl66owt (129.2followers, 4.9☆)
  3. Borong Tudung : https://invol.co/cl66oxm (47.3followers, 4.9☆)
  4. de.aila : https://invol.co/cl66oyf (44.2followers, 4.9☆)
  5. Tudung Inspired : https://invol.co/cl66oz8 (44.1followers, 4.9☆)
KATEGORI BEG DAN KASUT
  1. Grimo Bag & Fashion Wholesale : https://invol.co/cl66vll (798.3followers, 4.9☆)
  2. HEUS Shoes Wholesale : https://invol.co/cl6726p (464.1followers, 4.9☆)
  3. WEBEE : https://invol.co/cl67276 (463.7followers, 4.9☆)
  4. Myfooyin : https://invol.co/cl6727r (413.9followers, 4.9☆)
  5. MYKUTSU Shoes Wholesale : https://invol.co/cl6727z (375followers, 4.9☆)
KATEGORI ACCESSORIES
  1. HABIB Official Store : https://invol.co/cl6729m (375followers, 4.9☆)
  2. Pandora MY Flagship Store : https://invol.co/cl672dh (116.6followers, 4.9☆)
  3. YOUNIQ : https://invol.co/cl672dw (100.3followers, 4.9☆)
  4. Her Jewellery Official Store : https://invol.co/cl672e9 (88.5followers, 4.9☆)
  5. Elfi Jewellery : https://invol.co/cl672eh (27.5followers, 4.9☆)
KATEGORI BARANG BUDAK
  1. Momo House : https://invol.co/cl672j5 (508.9followers, 4.9☆)
  2. QQ BABY SHOP SDN BHD : https://invol.co/cl672jt (359.5followers, 4.8☆)
  3. Comelbaby : https://invol.co/cl672k9 (115.6followers, 4.9☆)
  4. Lanbo Shop : https://invol.co/cl672kg (72.5followers, 4.9☆)
  5. MummyKids : https://invol.co/cl672kk (52.4followers, 5.0☆)
Sebenarnya setiap kategori ada lebih dari 5 kedai tapi tak dapat nak listkan semua. Cukup la sekadar buat rujukan pada masa akan datang.

Sunday, 12 September 2021

Nasi Briyani Gam Muar- RTE

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Sejak Covid-19 melanda negara tahun lepas, jarang dah dapat undangan majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan majlis aqiqah. Majlis aqiqah Falisha yang dirancang pada bulan Syawal hari tu pon terpaksa dilupakan akibat pendemik ni. Bau dan rasa nasi orang kahwin seperti nasi minyak dan nasi beriani pon dah lupa macam mana. Nak masak sendiri macam tak berbaloi sebab yang makannya tak ramai tapi nak masak nasi dengan lauknya berejam. Maka, pilihan yang ada adalah beli je nasi beriani tu. Ada ke orang jual sekarang ni? Dekat mana pula dia jual?. Jawapan dia mesti la ada orang yang jual sekarang ni. 

Zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi sekarang ni, nak beli apa-apa semua dihujung jari. Tekan je nasi beriani dekat google, macam-macam yang akan keluar. Dari resepi sampai ke maklumat penjual semua ada. Nasi beriani ni bukan sahaja dijual secara siap masak (beli terus ngap), malah ada yang mengambil peluang perniagaan untuk menghasilkan nasi beriani ready to  eat (RTE). Nasi beriani RTE tu macam mana?. Ala, macam sardin tu, kalau lapar kita panaskan je dalam microwave. Setakat ni saya tak pernah lagi panaskan sardin dalam microwave. Saya akan tumis cili padi dulu kemudian masukkan sardin, barula sedap. Kalau nasi beriani RTE ni pulak boleh panaskan je dalam microwave atau rendam dalam air panas. Saya tertarik dengan satu nasi beriani ni, nama dia Nasi Briyani Gam Muar jenama Dawna's yang dihasilkan oleh anak tempatan, kira ni produk bumiputra la. Jom support produk bumiputra!. 

Nasi Briyani Gam Muar jenama Dawna's ni menggunakan resepi asli rempah tok abah yang berasal dari Muar, Johor sejak tahun 1965. Orang Muar mesti familiar dengan rempah tok abah ni kan.


Nasi Briyani Gam Muar

Nasi beriani ni ada tiga jenis lauk iaitu Ayam, Daging dan Kambing. Dalam satu kotak tu ada dua pouch iaitu nasi beriani dan lauknya. Satu kotak tu boleh dihidangkan untuk dua orang. Cara nak hidangkan cuma panaskan dalam microwave atau rendam dalam air panas selama dua minit. Yang paling best, nasi beriani ni boleh tahan dua tahun kalau tak buka dan tak payah simpan dalam peti ais pon. Boleh la beli banyak-banyak simpan buat stok kalau-kalau malas masak. Lagi satu, walaupon tahan lama tapi produk ni tak guna bahan pengawet pon. Dorang gunakan teknologi retort yang mana makanan yang telah disediakan akan dikedapkan (sealed) dan disteril dengan mesin retort yang diimport.

Selepas dipanaskan, ni la rupanya



Terliur tak tengok gambar tu? Hasil survey dekat Shopee, range harga untuk nasi beriani ni antara RM20 hingga RM25 je. Kalau lebih tu mungkin spammer atau ada yang markup harga tinggi. Sape-sape nak dapatkan nasi beriani ni boleh klik mana-mana link dekat bawah ok, semua trusted seller.











Saturday, 11 September 2021

Donut lembut teknik AUTOLYSIS (?)

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Semenjak jadi suri rumah dan pindah Johor duduk sekali dengan suami (no more PJJ), semakin rajin saya mencuba untuk membuat roti dan donut. Tambah pula, dekat rumah ada bread maker (BM) yang dah lebih setahun tidak digunakan. Maka bermacam-macam resepi donut dan roti saya cuba buat. Daripada tak kenal apa itu bread improver dan bread softener, sekarang dah ada semua tu. Daripada guna teknik biasa kepada teknik autolysis. Pernah dengar teknik autolysis dalam penghasilan doh? Saya pon baru je tahu pasal teknik ni minggu lepas. 

Teknik autolysis ni adalah teknik tradisional yang diperkenalkan oleh Raymond Calvel. Kalau guna teknik ni, dah tak payah nak uli doh dengan bersungguh-sungguh (yeke?). Teknik ni sangat sesuai untuk anda yang tiada pengalaman langsung dalam pembuatan roti atau yang berkaitan dengan doh. Juga sesuai untuk anda yang tidak ada mixer atau bread maker dekat rumah.

Mengikut konsep biologi, autolysis adalah proses pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri. Di dalam tepung, terdapat dua enzim asas iaitu protease, yang menyediakan struktur, dan amilase, yang memberikan keanjalan. Keseimbangan kedua-dua ciri ini akan memberikan jisim yang baik untuk mencapai roti yang lazat. Dalam bahasa mudah faham, doh/adunan tanpa yis diperap supaya semua bahan dapat disebatikan dengan baik.

Cara membuat roti/donut menggunakan teknik autolysis

  1. Campurkan tepung roti, susu tepung, gula, pelembut roti dan telur ke dalam bekas adunan.
  2. Uli atau gaul campuran tadi dengan senduk atau tangan sehingga sebati dan tidak melekat dekat bekas. Tutup rapat bekas adunan tadi dengan menggunakan plastic wrap dan biarkan selama 2-3 jam. 
  3. Campur yis bersama 2 sdm air suam. Biarkan sebentar sehingga yis kembang. Setelah itu, tuang yis kedalam adunan yang telah dibiarkan selama 2-3 jam tadi. Tambah marjerin dan garam (kalau marjerin dah masin tak payah letak garam). Uli sekejap doh dengan menggunakan tangan sehingga doh elastik.
  4. Potong doh/adunan mengikut berat yang diingini dan bentukkan doh mengikut cita rasa sendiri. 
  5. Rehatkan doh yang telah dibentuk tadi selama 30 minit atau sehingga kembang.
  6. Selepas itu, dah boleh goreng atau bakar mengikut kehendak masing-masing.

Setelah berpuas hati dengan carian di laman google dan youtube, saya pon cuba la teknik ni untuk buat donut. 

Bahan-bahan donut lembut teknik autolysis

  • Tepung roti/ tepung gandum : 250gram
  • Susu tepung : 20gram
  • Gula : 1 sudu besar
  • Pelembut roti : 1 sudu kecil
  • Telur : 1 biji
  • Air : 1/2 cawan
  • Marjerin : 30gram
  • Sedikit garam
  • Yis : 1 sudu kecil

8 biji donut gemok

seronok dia dapat berenang dalam kuali

dah siap digoreng

ni letak gula je, malas nak cairkan coklat buat topping

siap untuk dimakan

Donut garing diluar dan lembut didalam. Puas hati tetapi ternyata pembuatan donut dengan menggunakan teknik autolysis ni tidak semudah yang disangka ya. Bila dah cuba sendiri guna teknik ni, lepas ni nak guna BM jela buat donut. Sebabnya, penat nak uli sampai doh tu elastik. Siapa yang ada tahap kesabaran yang tinggi boleh la cuba teknik ni.

Macam-macam resepi donut dah pernah cuba. Setakat ni semua menjadi cuma bentuk donut la kelaut. Agak-agak lepas boleh buka business jual donut tak?. InshaAllah satu hari nanti. Ada yang nak order ke? 

Friday, 10 September 2021

Resepi Nasi Ayam Sedap

 Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Semalam en suami mintak tolong buatkan nasi ayam. Kita sebagai isteri solehah tunaikan la permintaan suami. Bila jarang-jarang buat nasi ayam, resepi pon lupa. Sebelum ni pernah buat nasi ayam tapi lupa nak salin resepinya. So, saya pon cari la balik resepi nasi ayam yang pernah dimasak sebelum ni. Dah dapat resepinya, saya simpan sini untuk rujukan masa hadapan. Siapa nak cuba resepi ni, sangat dialu-alukan.

Resepi Nasi Ayam 1 Ekor

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Ayam 1 ekor
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis

Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang putih dan halia.
  2. Lumurkan bahan tumbuk tadi ke seluruh bahagian ayam.
  3. Panaskan air, rebus ayam yang telah dilumurkan tadi dan tambah 1 kiub ayam. Jangan rebus lama-lama, nanti ayam hancur. Air rebusan ayam jangan dibuang.
  4. Ayam yang telah direbus diperap bersama sos tiram, bahan tumbuk dan kicap manis.
  5. Perap sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.


Bahan-bahan untuk masak nasi:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Daun pandan
  • 1/2 senduk mentega
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 cawan beras
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
  2. Masukkan mentega ke dalam periuk nasi, tumis bersama kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam periuk.
  4. Masukkan serai dan daun pandan.
  5. Masukkan beras yang telah dicuci bersama air rebusan ayam.
  6. Tambah serbuk kunyit dan sedikit garam. 
  7. Gaul rata semua bahan dan boleh masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan untuk sos merah:
  • 6-8 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • Air rebusan ayam
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 sudu besar cuka
Cara-caranya:
  1. Kisar halus semua bahan-bahan.
  2. Masak sekejap bahan kisar tadi supaya tahan lama. Boleh tambah perasa mengikut selera anda.

Bahan-bahan untuk kicap:
  • Air rebusan ayam
  • Air perapan ayam
  • Kicap manis
  • Sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Campur semua bahan sehingga sebati.

Bahan-bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang besar
  • Perasa
Cara-caranya:
  1. Masuk semua bahan kedalam air rebusan ayam tadi dan perasakan mengikut selera anda.

nampak menyelerakan kan (?)


kemain anak dara ni makan nasi ayam